~hidupnya seperti itu~

katanya:

[31/10 8:45 pm] syrnn:
Aku ditipu, dengan kesibukan dunia
Aku tahu itu, tapi aku tidak tahu
Kenapa masih juga aku memilih ditipu
Oleh kesibukan dunia...

[31/10 8:46 pm] syrnn:
Mungkin, kerna ia adalah eskapismeku
Dari kebodohan psikologiku;
Eskapisme dari hati kekosonganku.

[31/10 8:47 pm] syrnn:
Aku tahu, cinta yang ada di hatiku
Hanyalah bersifat delusi lagi ilusi
Tapi, aku tidak tahu, tetap aku mencari ia...

[31/10 8:48 pm] syrnn:
Mungkin, ia adalah eskapismeku
Dari psikologiku, realitiku, aku.
Cinta delusi adalah eskapisme terindah
Dari kekejaman dunia realiti.

[31/10 8:49 pm] syrnn:
Dan, dunia delusi cinta itu sahaja
Yang jiwa rosak sepertiku sesuai di situ
Di dunia lain, aku tidak layak wujud di situ.

[31/10 8:50 pm] syrnn:
Jiwa rosak sepertiku
Hanya sesuai di alam itu
Di alam cinta delusi, ilusi.

[31/10 8:52 pm] syrnn:
Aku kosong, jiwaku kosong
Tapi aku disibukkan zahir
Mencari harta material dunia
Dan, dunia delusi sahaja
Tempatku lari dari semua itu
Setelah zahir dipenatkan oleh dunia.

[31/10 8:53 pm] syrnn:
Dunia delusi, dunia khayalanku
Adalah tempat terindah
Untuk lari dari kesibukan dunia.

Dunia khayalanku, adalah dunia indah
Kerna ia mengambilku tanpa menolakku
Ia indah, hidup di alam khayalan
Setelah jiwa dikosongkan oleh realiti.

[31/10 8:56 pm] syrnn:
Tidak aku tahu, bagaimana nak bantu aku.
Dan, aku juga tak minat lagi nak bantu aku.
Biarlah jiwaku kekosongan hasil psikologiku
Asalkan sebuah delusi, ilusi, fantasi
Kelihatan real, memberiku perasaan real.
Keindahan khayalan yang real
Itu dah cukup buat manusia sepertiku.
Biarlah, semua khayalan yang indah
Kelihatan seperti sebuah realiti,
Malah biarlah ia adalah realiti sebenarku.

[31/10 8:58 pm] syrnn:
Andai aku diberi peluang
Untuk hidup lagi
Aku tak nak hidup di realiti
Aku nak hidup di khayalanku
Tak pun, biar saja langsung tak wujud
Di dunia ini, di alam empirikal ini.

[31/10 9:01 pm] syrnn:
*
Berapa ramai, manusia diluar sana
Yang diseksa oleh monster psikologinya?




Ulasan

Catatan Popular