~pilihannya~

katanya:

[30/10 6:15 pm] syrnn:
Lebih baik banyakkan diam
Sambil menghayati estetika lagu
Sambil berkhayal masuk ke alam delusi
Berbanding sibukkan diri dengan hal-hal realiti.

Lebih baik banyakkan diam
Dan buat perkara sia-sia
Berbanding ikut serta dalam perbincangan ilmiah.

Makin meningkat dewasa aku sedar bahwa
Lebih baik melayan hati dan jiwa
Berbanding melayan minda, akal, intelek.

Biarlah orang pandai saja melayan akal
Aku pula sesuai di alam delusi melayan hati.

[30/10 6:16 pm] syrnn:
Lebih baik sibukkan diri dengan cinta
Berbanding sibukkan diri dengan ideologi.

Lebih baik sibukkan diri dengan khayalan
Berbanding sibukkan diri dengan idealism.

[30/10 6:17 pm] syrnn:
Lebih baik sibukkan diri
Dengan sastera cinta dan psikologi,
Serta melodi lirik lagu,
Berbanding sibukkan diri
Dengan idealism, ideologi, falsafah, sains.

[30/10 6:18 pm] syrnn:
Aku pilih itu...

[30/10 9:21 pm] syrnn: -



Ulasan

Catatan Popular