Paranormal Kognitif Psikologiku
CERPEN [FICTION]
Mencintai aku akan
seorang wanita, yang tidak akan pernah, mencintaiku kembali. Itu realiti, yang
harus aku terima. Realiti itu, yang tidak akan pernah ada magik berlaku, yang
bisa mengubahnya, maka aku belajar terima ia, dengan hati yang duka, tapi mulut
senyum real, tanpa lakonan. Jiwaku lemas, di lautan itu. Maka, kerna nak lupa
ia, coba aku tenggelamkan jiwaku, di alam maklumat-ilmu dunia. Setiap hariku,
membaca aku buku, lagi dan lagi, walau gaya dan cara hidupku itu, dihina,
dikritik, dikomen oleh manusia hebat.
Ah! Malas aku,
layan mereka. Kisah mereka hebat, kisah hidup mereka hebat, berbanding kisah
hidupku, mungkin kerna itu, mereka itu, layak komen, kritik, hina cara hidup
manusia lain, yang berbeza cara hidup, jika dibandingkan dengan cara hidup
mereka. Mereka itu tidak tahu, berapa
ramai manusia yang coba tenggelamkan dirinya di lautan yang tertentu,
semata-mata nak cari kebahagian di lautan itu; passion adalah caranya rasai
kegembiraan, dan untuk lari dari manusia conformists.
Membaca aku,
pelbagai buku, dari barat ke timur, dari utara ke selatan, jiwaku, mindaku,
hatiku mengembara. Sibuk aku dengan maklumat dunia, mencariku sebuah dunia
fantasia, yang bisa aku terbang ke sana, di kala aku berduka di alam realitiku,
terutamanya duka hasil cinta. Tidak sudah aku minat, mencari wanita lain, kerna
aku tak nak lari dari cinta unrequited
ku ini; aku paksa hatiku untuk itu.
Buku fizik,
psikologi, parapsikologi, metafizik, falsafah, biologi, matematik,
sastera, sejarah, semuanya aku baca,
hanya kerna nak lari dari duka hatiku, bukan sebab lain. Manusia lain membaca
buku kerna nak tahu sesuatu, kerna nak pandai, tapi aku lain, baca aku banyak buku, hanyalah kerna - ia
adalah eskapisme utamaku; caraku lari dari aku yang ada di realitiku. Tapi, ia
tetap sama, duka di hati tetap datang, malah semua usahaku, hanyalah
memberi kekosongan kepada hatiku, jiwaku
pada akhirnya.
Tidak aku kisah
akan kekosongan jiwaku. Aku dah malas mencari penawar real untuknya. Biarlah ia
menemani aku sepanjang hidupku. Biarlah ia adalah caraku untuk tidak lagi jatuh
cinta.
Tetap aku mencari
maklumat dunia. Sibukkan jiwaku oleh aku dengan hal-hal alam, psikologi,
manusia, tapi aku abaikan ideologi, kerna ia membosankan. Bagiku, kebodohan
ideologi penawarnya adalah sastera bermelodi indah bisa menyentuh hati si para
ideologi, kerna di kala cinta disebarkan, ideologi akan kurang pengaruhnya.
Hahaha, tak sangka, manusia berakal dan berhati loser sepertiku berkata itu,
sedangkan aku dilemaskan oleh cinta. Sebenarnya, jenis cinta apa yang dikatakan
oleh akalku, sedangkan dia sendiri tahu, bahwa hati berduka kerna cinta. Semua
itu ilusi belaka.
Telah menjadi aku
si pencari fantasia, mencari aku akan estetika sebuah alam fantasi. Maklumat
yang aku tahu, jadikan aku ia sebagai bahan-bahan asas kepada dunia fantasiku,
malas aku nak jadikan maklumat sebagai bahan-bahan asas kepada dunia realitiku.
Tidak minat aku akan itu. Aku lebih minat, jadikan maklumat yang aku tahu
dipraktikalkan di dunia fantasia ku, berbanding aku praktikalkan ia dalam dunia
realitiku. Lantaklah, aku kelihatan kosong di empirikal, asalkan dunia fantasia
ku bercahaya, bermelodi indah, yang kesyahduan iramanya. Biarlah aku berkurung
diam di ruang kecilku, asalkan aku bisa menari indah di dunia ilusiku, menari
real menghayati dukanya cinta ketika mendengar
lari syahdu.
Tapi masalah timbul
dalam minatku itu, kerna ilmu moden sekarang ini rasanya kosong, sangat-sangat
kosong. Ia seperti kurang sesuatu, sesuatu yang bisa menyentuh hati, yang lemas
kekosongan. Ia tidak bisa lagi aku jadikan sebagai penawar sementara, sebagai
eskapisme dari duka hatiku. Maka, mulalah mencari aku akan ilmu-ilmu hilang,
dari setiap tamadun dunia, tamadun yang ada dalam sejarah, juga tamadun yang
tiada dalam sejarah yang dianggap sebagai tamadun mitos oleh si ahli sejarah,
antropologi, arkeologi moden. Gelar aku ilmu yang hilang itu sebagai ‘the lost magic’. Mencari aku ilmu itu,
dalam buku-buku lama, ditulis oleh pencari ilmu itu, atau diterjemah dan
ditafsir oleh seseorang. Lagi, dan lagi, mencari aku ilmu yang tidak diketahui
oleh majoriti, yang tidak diminati oleh kebanyakan spesies manusia.
Semua itu aku
lakukan, bukan kerna nak gunakan ia sebagai caraku mencari material dunia,
tidak juga aku gunakan ia sebagai caraku mencari populariti dunia, bukan juga
untuk struggle for recognition, tapi
hanya kerna, semata-mata kerna sebagai caraku lari dari duka cinta unrequited ku di alam realiti
empirikalku. Hanya kerna cinta, aku pilih hidup cara ini, yang sibuk di alam
dunianya sendiri, atau dalam perkataan mudahnya, perkataan oleh masyarakat,
‘hidupku seperti hidup di dalam gua’. Cemburu aku akan mereka, kerna mereka
ditakdirkan untuk rajin komen, kritik cara dan gaya kehidupan manusia lain. Kan indah, andai aku juga
ditakdirkan untuk rajin kritik, komen kehidupan manusia lain. Mesti indah
rasanya kan?
Pelbagai buku, aku
dapati, dan simpan aku ia, sebagai koleksi termasyurku, di dunia kecilku. Juga,
mencari aku buku-buku yang bergenre ‘the
lost magic’, ilmu yang dianggap sebagai ilmu yang tidak saintifik
penerangannya, yang tidak ikut metodologi popular sains oleh si pakar dan si
pencerita ilmu moden. Ya, ia tidak saintifik, malah ia sesekali, tidak bisa
difahami oleh akal, yang telah digunakan untuk mengkaji alam ini, kerna ia lari
dari sebab dan akibat akal manusia, yang egonya mahu penerangan saintifik,
sedangkan dia tidak tahu, ada ilmu tidak saintifik metodologinya. Bagiku,
setiap tamadun zaman dulu, ada ilmunya, ilmu yang tidak diketahui majoriti,
hanya segelintir sahaja yang tahu ia secara real, tapi hanya sedikit dari
segelintir itu yang kuasai ia, tapi juga, hanya sedikit dari sedikit dari segelintir
itu yang benar-benar kuasai ia sehingga sempurna penguasaannya. Sebenarnya
majoriti tahu akan hal-hal ilmu itu, tapi penerangan dan realiti mengenai ilmu
itu telah rosak definisinya, hancur realiti pentafsirannya, kerna ia dirosakkan
oleh mulut-mulut manusia.
Teringat aku akan
kata-kata Nicola Tesla yang bertulis seperti ini,
‘The day science begins to study non-physical
phenomena, it will make more progress in one decade than in all the previous
centuries of its existence.’
Di kala ini, aku
mencari ilmu itu; The Lost Magic.
Masih, sibukkan jiwaku oleh aku, dengan pelbagai maklumat, yang ada dalam buku rare wujudnya, yang aku perolehi ia,
dari seseorang, yang rahsia kewujudannya, kerna dia lain, dari spesies/genus yang pernah manusia moden kaji, dan
terangkan dalam ilmu biologi. Pelbagai buku bergenre ‘The Lost Magic’ diberikan kepadaku, oleh si dia itu, dia yang tidak bisa
diterangkan asal kewujudannya berdasarkan
ilmu moden sekarang ini.
Aku hairan manusia
moden, kerna bagi mereka, spesies/genus yang
tidak pernah dilihat oleh mereka, akan mereka katakan bahwa spesies/genus
itu beri ilmu hitam, tapi mereka(manusia) tidak tahu, andailah mereka (manusia)
pandai keluarkan jiwa (soul) mereka
ketika tidur (out-of-body experience),
dan kekalkan kesedaran (consciousness) mereka
dalam memori mereka sendiri ketika soul
mereka di luar badan, mereka akan sedari, bahwa bukan hanya ada spesies/genus
jahat, tapi ada juga spesies/genus yang baik, yang mata fizikal susah untuk
melihatnya, mencarinya di alam empirikal.
Sibuk aku melayan
keganjilan dunia ganjil, melalui buku-buku ganjil, buku yang telah lama
diabaikan, dibuang, dibakar, disalahtafsirkan, diedit maknanya, kerna dikatakan, ia sekadar mitos-mitos
tamadun era dahulu, maka ia perlu disesuaikan dengan penemuan dan kemajuan
sains terkini. Diubah-ubahlah makna buku itu, ditafsir ia mengikut gaya
ilmu moden, ada yang terus dilupakan,
diabaikan, dibuang. Ada sesetengahnya pula, disimpan, disembunyikan dari
pengetahuan khalayak. Ia disimpan dalam kurungan dalam beberapa perpustakaan
hebat dunia.
Sesekali aku
terfikir, mungkin aku yang salah; mungkin pentafsiranku yang salah. Aku salah.
Hatiku ini dah terlalu lemas, dalam lautan duka cinta, dan duka psikologiku,
mungkin kerna itu aku coba menyusun ayat, untuk mentafsirkan dunia, melalui
hatiku dan jiwaku yang kekosongan.
Tapi, tetap aku
sibukkan jiwaku, dengan hal-hal seperti itu.
.
~ Ah! Malang
buatku, kerna sibuk mana pun aku dengan semua itu, masih juga hati ini, cinta
dia, ingin melihat dia. Selalu, air mataku jatuh, ketika aku membaca buku,
kerna di kala itu, aku ingat akan dia, dan rindu akan dia. Inikah sumpahan
kerna mencintai dia? Adakah dia adalah curse terbesaku, yang menghalang aku mendapatkan ilmu hikmah dari ilmu 'The Lost Magic' itu?
Dia itu (cintaku terhadapnya) sepertinya adalah halangan terbesar hatiku, dari menerima ilmu sebenar ‘the lost magic’ itu. Tapi, aku tetap senyum, berusaha sambil baca buku, kaji buku; tetap aku berusaha sambil senyum, walau duka mana pun hati ini, kerna sebuah cinta. Aku senyum bangga, kerna aku sibukkan hatiku, jiwaku dalam lautan ilmu yang telah hilang, dan pada masa yang sama, ia lemas dalam lautan cinta. Aku buat dua kerja, dalam satu hati, jiwa, minda; aku. Bangga aku akan aku ini, walaupun jiwaku lemas hasil cinta, tapi masih juga aku, berusaha untuk kuasai white magic itu.
[Bodoh manapun aku, akibat cinta, aku tetap tidak berhenti, mencintai dia, dan pada masa yang sama, coba aku lari dari ia, walaupun ia seperti sfera, berpusing-pusing aku, dalam jiwaku sendiri. Logik rasionalku telah hilang hasil cinta. Maka itu, lari aku dari logik ilmu sains moden, mencari white magic; The Lost Magic, kerna ia sesuai dengan jiwa sepertiku, yang kalah hasil tragedi hidupku, dihimpit kemodenan yang indah.]
Dia itu (cintaku terhadapnya) sepertinya adalah halangan terbesar hatiku, dari menerima ilmu sebenar ‘the lost magic’ itu. Tapi, aku tetap senyum, berusaha sambil baca buku, kaji buku; tetap aku berusaha sambil senyum, walau duka mana pun hati ini, kerna sebuah cinta. Aku senyum bangga, kerna aku sibukkan hatiku, jiwaku dalam lautan ilmu yang telah hilang, dan pada masa yang sama, ia lemas dalam lautan cinta. Aku buat dua kerja, dalam satu hati, jiwa, minda; aku. Bangga aku akan aku ini, walaupun jiwaku lemas hasil cinta, tapi masih juga aku, berusaha untuk kuasai white magic itu.
[Bodoh manapun aku, akibat cinta, aku tetap tidak berhenti, mencintai dia, dan pada masa yang sama, coba aku lari dari ia, walaupun ia seperti sfera, berpusing-pusing aku, dalam jiwaku sendiri. Logik rasionalku telah hilang hasil cinta. Maka itu, lari aku dari logik ilmu sains moden, mencari white magic; The Lost Magic, kerna ia sesuai dengan jiwa sepertiku, yang kalah hasil tragedi hidupku, dihimpit kemodenan yang indah.]
Baca lagi aku, lagi
dan lagi, walau ia tujuan utamanya, bukan kerna nak tahu, tapi kerna nak lagi
dari duka hatiku, dari lemas jiwaku. Ah, aku malas nak persoalkan itu. Aku tetap
baca dan baca, walau hati dan jiwaku persoalkan itu dan ini; mengenai tujuanku.
Tapi, paksa tetap aku akan terus mengkajinya, dan melayan saja ia, tanpa
menarik diri dan lari, dari mencari dan menguasai ilmu itu. Kerna bagiku,
mungkin selepas aku kuasai ilmu itu, dia akan hilang sikit demi sikit dari
hatiku. Walau begitu kataku itu, jauh di sudut hatiku ini, ada suara yang
sentiasa berteriak sedih menangis ‘aku
rindu akan dia’.
Aku terlalu sibuk
dalam dunia aku sendiri, dalam jiwaku sendiri, hinggakan aku malas dan lelah,
hidup di dunia zahirku. Aku bagaikan ada dua dunia, satu dunia tempatku hidup,
dan satu dunia lagi tempatku untuk makan, dan tidur agar aku ada tenaga untuk
hidup di dunia pertamaku itu; dunia fantasia ku.
Beberapa waktu
berlalu, tapi masih jua, dia ada di hatiku. Ternyata, ilmu dan maklumat tidak
bisa membantuku, untuk lupa akan dia. Iya lah, bagaimana bisa, aku berharap
ilmu bisa buang dia dari hatiku, andai tujuan menuntutku akan ilmu, adalah
hendak lupa akan dia; kerna nak lari dari duka realiti cintaku, bukan kerna
matlamat suci.
Masih, dan masih,
air mataku jatuh, ketika aku coba memaksa zahirku, akalku, jiwaku untuk
menenggelamkan aku dalam lautan luas,
dalam pencarian ilmu-ilmu yang telah hilang realitinya. Paksa aku akan aku,
untuk lari dari dunia realitiku. Selalu aku begini, walau juga aku tahu,
pencarianku itu, tetap membawaku ke alam kekosongan. Aku tahu itu,
sangat-sangat tahu, tapi tetap aku coba layan ia, kerna ia adalah eskapisme ku.
Berusaha aku, tetap
berusaha, walau jiwaku mati, hatiku mati. Senyum aku walau jiwaku kekosongan.
Usaha aku walau jiwaku kekosongan, kerna hanya itu sahaja caraku untuk hidup.
Tetap aku usaha, walau dalam jiwaku ini, aku dah lama teringin nak berhenti
akan segala-galanya; buang semua itu dari hidupku. Tapi, tetap aku teruskan.
***
Akhirnya, selepas
beberapa tahun berlalu, telah dikuasai oleh aku, akan ilmu-ilmu zaman dahulu,
terima kasihku kepada guru yang diberikan kepadaku, yang sudi mengajariku,
walau sang guru itu tahu, tujuan utamaku sibukkan diriku terhadap hal-hal itu, adalah kerna
cara eskapisme-ku dari realitiku. Tapi, dia tetap senyum, mengambilku sebagai anak
muridnya.
Telahlah, dikuasai
oleh aku, akan ilmu-ilmu zaman terdahulu, era sebelum munculnya revolusi
perindustrian. Berbicara aku dengan ilmu itu. Ia membawa aku ke galaksi lain,
ke cakerawala lain, melihat spesies lain yang tinggal di alam multiverse ini. Dia
membawa aku ke cakerawala lain, lain dari yang lain, katanya dia nak tunjukkan
aku sesuatu; sesuatu yang bisa memberi memori, kepada manusia pengalah
sepertiku, manusia yang kalah kerna cinta romantika.
Ternyata dia
membawa aku, untuk jumpa aku yang bukan
aku yang ada di cakerawala lain. Ya, aku lihat aku. Aku yang ada di sana itu,
sama wajahnya dengan aku yang ada di sini. Bezanya dia senyum, dia tertawa
indah. Di depannya ada seorang wanita, teman wanitanya, yang bakal menjadi isterinya.
Perhati aku, akan wajah wanita itu, ternyata dia itu, adalah wanita yang sama
aku cintai di alam cakerawalaku, bezanya dia yang ada di duniaku, tidak kenal
akan aku, tapi di cakerawala yang itu, dia adalah teman wanita‘ku’. Indah hidup
aku yang ada di sana itu. Tapi, tidak aku mahu ganggu hidup mereka. Aku tak
mahu masuk campur, aku tak mahu wujud di sana, di cakerawala itu. Melihat ‘aku’
yang itu gembira bersama dengan wanita itu, dan cukup bagiku, kerna bisa aku
jadikan mereka berdua, memori rahsiahku, bahasa modennya, memori psikologi
paranormalku.
Aku diangkat
terbang ke cakerawala lain; cakerawala yang kurang makhluk intelek yang hidup,
itu permintaan terakhir aku, kepada sahabatku itu. Kerna rasanya ingin aku tinggal di
cakerawala yang seperti itu suasana dan persekitarannya. Ingin aku tinggal di
situ buat selama-lamanya, tanpa perlu lagi aku fikir, mengenai hal-hal yang
berlaku, di cakerawala tempat asalku.
Beberapa saat kemudian,
sampai aku di cakerawala baru, yang lain dari yang lain, berbanding cakerawala yang pernah aku lihat sebelum ini. Berjalan aku di cakerawala ini, mencari tempat
tinggal. Bagiku, hidupku di cakerawala
ini, adalah hidup untuk tunggu ajalku sampai, bukan kerna ingin aku mencari
seorang wanita yang lain, untuk aku cintai. Tak, dah aku malas akan semua itu.
Biarlah hidup aku hanya sebagai pencari fantasia, kekal sebagai si pencari
fantasia, bukan si pencari ke-real-an.
Ini adalah realiti
cintaku. Gembiraku bukan kerna aku, tapi kerna ‘aku’ yang ada di cakerawala
itu. Untung hidupmu wahai ‘aku’ yang ada di sana, bercinta kamu dengan wanita,
yang tidak akan pernah sesekali mencintaiku di cakerawala asalku.
Ulasan
Catat Ulasan