~terima kasih~

katanya:

[7:21 PM, 10/24/2017] syrnn:
Kini, sibuk aku melayan cinta,
abai aku hal-hal intelek,
kerna bagiku
'bagaimana aku nak sibuk hal-hal intelek,
andai jiwaku diseksa cinta...?'.

I'm a real loser.

[7:30 PM, 10/24/2017] syrnn:
Melihat gambar-gambarmu,
sambil mendengar lagu yang bermelodi syahdu,
adalah caraku, menghayati duka akan sebuah cinta.

[7:30 PM, 10/24/2017] syrnn:
Ia indah...

[7:31 PM, 10/24/2017] syrnn:
Semua duka disimpan dalam hati,
tanpa diluah melalui mulut, atau air mata.
Hanya disimpan ia itu di dalam hati,
sambil mulutku senyum gembira,
 walau ia benar-benar menyakitkan...

[7:32 PM, 10/24/2017] syrnn:
 Aku dah biasa hidup seperti ini

[7:32 PM, 10/24/2017] syrnn:
Aku dah biasa merasai perasaan ini

[7:32 PM, 10/24/2017] syrnn:
Aku dah biasa merana kerna sebuah cinta,
cinta unrequited...

[7:33 PM, 10/24/2017] syrnn:
-

[7:34 PM, 10/24/2017] syrnn:
Terima kasih kepada duka hasil cinta delusi,
kerna ia menyebabkan aku abaikan
perdebatan intelektual akalku,
dan keperitan hasil psikologiku.
Terima kasih kepada duka hasil cinta delusi,
kerna memilih aku menjadi pencerita cinta,
berbanding pencerita ilmu-maklumat.

[7:35 PM, 10/24/2017] syrnn:
Terima kasih, kerna menyeksa hatiku...

[7:35 PM, 10/24/2017] syrnn:
Lagi dan lagi.

[7:38 PM, 10/24/2017] syrnn:
-




Ulasan

Catatan Popular