~pencarianku atau alasanku~

katanya:

Mencariku erti realiti
Tapi, sambilku itu hatiku sibuk
Dengan hal sia-sia
Cinta ilusi.
Mahuku buang dia
Cumanya dia itu
Menjauhiku dari kekosongan.
Ya, mencari realiti bisa
Juga hilangkan rasa kosong
Cumanya ia sementara
Begitu juga cinta ilusi
Ia sementara, kerna itulah
Aku tukar-tukar ia
Sebagai penawarku.
Masih dan masih
Aku sibuk dalam sfera
Dari creation to creation
Hinggakan hatiku tertutup
Melihat dan merasai realiti.
Nak aku berubah
Agar bisa aku rasai
Apa yang ramai manusia
Tidak tahu akan ia, akan rasanya.
Tapi sepertinya, tak bisa aku itu
Kerna, tak lama lagi
Bakal aku disibukkan lagi
Dengan hal dunia kapitalisme.
Ah! Ia tetap sama
Sibukku dengan kapitalisme atau tidak
Tetap aku sibuk dengan hal sia-sia
Kerna, hatiku mencintai wanita itu.
Hatiku tetap menjauhi aku
Dari merasai dan melihat realiti.
Mungkin dah tiba masanya
Aku berhenti mencari realiti
Dan hidup seperti majoriti.
Mungkin dah tiba masanya
Aku abaikan hatiku cari realiti
Dan sibukkan zahirku mencari
Material dunia.
Manusia malas sepertiku
Tak layak mencari realiti
Kerna, manusia malas sepertiku
Hanya tahu menggunakan 'cari realiti'
Sebagai alasannya malas mencari
Harta material dunia.
Manusia malas sepertiku ini
Hanya tahu angan-angan sahaja
Sebagai cara bercinta dengan wanita itu.
Aku memang tak layan mencari realiti
Kerna, aku hanya gunakan ia
Sebagai alasanku menutup kemalasanku
Hidup di alam zahir.
Ya, itu benar. Sangat-sangat bernar.
Maka, dah tiba masanya
Aku berhenti mencari realiti
Dan hanya sibukkan hatiku dengan cinta
Dan zahirku dengan harta dunia
Kerna di situ tempat manusia sepertiku.
Aku tak layak mencari realiti.
Bye, pencarianku mencari realiti dunia
Secara khusus, biarlah aku faham kamu
Secara general sahaja, seperti
Ramai manusia faham tentang kamu
Tentang hubungan kamu
Dengan Sang Pencipta.

Ulasan

Catatan Popular