~hatinya~
katanya:
Sepi, sepi, sepi... duniaku sepi. Sunyi, sunyi, sunyi... ruang kecilku sunyi. Kosong, kosong, kosong... jiwaku kosong, tersangat kosong. Andai kekosongan itu bersifat material, maka hatiku ini dipenuhi kekosongan, yang mengisi ruang hatiku. Bersatu ia; kosong, sunyi, sepi, menjadi teman terbaik hatiku.
Sesekali, aku 'cemburu' akan manusia lain. Mereka gembira bila dipuji. Mereka gembira bila disedari kewujudannya. Mereka mahu berusaha, untuk populariti, recognition [struggle for recognition]. Mereka berusaha kejar material dunia. Kan indah hidupku, andai aku juga minat semua itu. Tapi, hatiku rasa kosong akan semua itu. Ia numb. Hatiku dah tak rasa apa-apa, bila dipuji, bila dikenali ramai... ia numb.
Kosong, kosong... hatiku kosong. Semua mengenai dunia, aku rasa kosong. Aku dah bosan akan segalanya.
Sesekali, aku 'cemburu' akan manusia lain. Mereka bisa gembira kerna material, kerna populariti, harta, bakat, segalanya. Juga, aku 'cemburu' akan mereka, kerna bisa gembira merasai cinta. Aku pula rasa numb, apabila cintaku dibalas. Hatiku rasa kosong, walau si dia berdiri di depanku. Akhirnya, aku abaikan cinta.
Kosong, sepi, sunyi, pilu jiwaku, hatiku. Ia dah tafsir dunia; mengenai kehidupan; mengenai manusia- menjadi kosong maknanya. Aku dah bosan akan semuanya, yang ada di muka bumi ini.
Andai bisa, mahu saja aku terbang ke alam lain, melihat makhluk lain hidup, bercanda sana dan sini. Kan indah, andai portal ke dimensi itu, aku jumpai ia, dan bisa ke sana, bila-bila masa saja. Aku pun nak lihat, mereka itu, hidup seperti bagaimana.
Aku pandang ke langit. Ia biru. Ia indah. Aku tak tahu, dah berapa lama, aku tak menghayati langit biru, kerna aku sentiasa hanya memandang langit di waktu malam; di siang hari aku berkurung di ruang kecilku, di malam hari, baru aku keluar dari gua tempat persembunyianku. Aku takut siang hari, kerna ramai sangat manusia, di malam hari, sikit spesies manusia wujud.
Aaaaaa. Kosong, kosong, kosong... hidupku kosong, tanpa enthusiasm ku nak kejar apa-apa, tanpa harapan, impian dan cita-cita. Apa sebenarnya yang aku nak di dunia ini? Apa yang aku nak, andai kapitalisme itu tiada? Apa yang aku nak, andai ego untuk recognition itu tidak wujud? Aku bingung, keliru, celaru akan hidupku.
Aku pelik akan aku. Kisah tragedi hidupku, telah ubah akan aku; akan definisiku mengenai erti kehidupan. Aku tidak tahu lagi, bagaimana nak hidup, di era moden ini. Aku dah malas, nak sibuk akan hal ekonomi, sosial, politik. Aku dah rasa kosong, akan semua itu. Semua itu, bagiku ia sia-sia, untuk jiwaku, untuk hatiku. Ia sangat membosankan, sekadar polemik mencari solusi untuk menyingkirkan persoalan, hasil existential crisis yang menghantui jiwa. Ia hanya, sumber utama kemurungan manusia moden.
Kosong, kosong, kosong... hatiku rasa kosong akan hal-hal duniaku.
Ulasan
Catat Ulasan