~kisahnya~
katanya:
[02/11 9:15 pm]:
Setiap kali aku mencintai
Aku dah mula tak akan
Meminta cintaku dibalas.
Aku hanya gunakan cinta
Sebagai teman dalam delusiku
Agar merawat sementara
Kekosongan dalam jiwaku.
Aku tak usaha ia di empirikal
Kerna, aku benci akan cinta real
Yang diempirikalkan di alam realiti.
Aku benar-benar tersangat benci ia.
Aku lebih minat merasai duka cinta
Aku lebih minat membunuh jiwaku
Guna duka cinta hasil delusiku
Aku lebih suka lemaskan jiwaku
Di lautan cinta delusiku...
Aku suka akan semua itu
Berbanding berusaha di realiti
Agar aku dicintai kembali.
Aku benar-benar suka akan itu.
Kerna aku dah biasa akan itu.
[02/11 9:17 pm]:
Aku perlukan cinta romantika
Bukan untuk rasai kegembiraan cinta
Tapi untuk merasai kedukaan hasil cinta
Agar ia beri aku seni sebuah sastera.
[02/11 9:17 pm]:
Kerna itu, aku layan cinta
Di alam delusiku, bukan di realitiku.
Ulasan
Catat Ulasan