~tiada~

katanya:

[03/11 5:32 pm] syrnn:
Ingatlah bahwa di dunia ini
Tiada siapa pun yang kisah
Betapa teruknya kisah hidupmu.
Tak akan ada yang ambil peduli...
Maka, tulis saja kisah hidupmu
Kerna dikau adalah penulisnya.

[03/11 5:35 pm] syrnn:
Ingatlah bahwa di dunia ini
Tiada sesiapa nak kisah pun
Betapa hancurnya jiwa kau
Kerna psikologi atau cinta
Tak akan sesiapa peduli itu
Maka, tulis saja kisah hidupmu
Kerna dikau adalah penulisnya
Tanpa suruh manusia memahaminya.

Ingat! Kau hidup di dunia ini
Bersendirian, walau kau dikelilingi.

[03/11 5:36 pm] syrnn:
Ingatlah tiada sesiapa yang peduli
Akan psikologimu, akan duka cintamu.
Ingat itu, sehingga akhir hayatmu.

[03/11 5:36 pm] syrnn:
Kerna itu, diamkan saja dukamu
Dan rasai ia, hayati ia, faham ia
Bagaimana ia lemaskan jiwamu
Sikit demi sikit, tanpa sesiapa tahu.

[03/11 5:37 pm] syrnn:
Jangan ceritakan kepada sesiapa
Duka cintamu, duka psikologimu
Kerna tiada sesiapa pun nak tahu ia.
Andai ada, ingatlah ia sekadar common sense
Dalam bersosial semata-mata.

[03/11 5:38 pm] syrnn:
Duka cinta, duka hasil psikologi
Hanyalah untuk jiwamu, hatimu sahaja
Kerna itu, jangan ceritakan ia guna mulutmu
Tapi, hasilkan masterpiece terhebat dirimu.

[03/11 5:39 pm] syrnn:
Ingat itu, agar kau tahu bahwa
Di dunia ini, tiada sesiapa pun peduli
Betapa teruknya hidup yang kau lalui.

[03/11 7:23 pm] syrnn: -

Ulasan

Catatan Popular