~akanku~
katanya:
akanku pendam duka cinta ini
agar ia tak akan pernah pudar
biar selama-lamanya aku berduka
hanya kerna pilihku mencintai kamu.
akanku simpan rapi duka cinta ini
jagaku ia biar selama-lamanya kekal
menemani sisa baki hidupku
tanpa ia hilang dari hatiku.
tidakku coba lari dari cintaku ini
kerna tidakku mahu melupakanmu
walaupun jiwaku merana
diracuni duka cintaku terhadapmu.
tidakku coba melupakanmu
kerna mahuku kamu kekal di hatiku
walaupun hanya aku sahaja
yang sangat-sangat mencintaimu.
akanku tetap mencintai dirimu
walaupun jiwaku mati ditikam setiap hari
biar aku bersendirian melayan duka cinta
kerna aku dah terbiasa untuk itu.
aku pilih duka mencintaimu
berbanding mencari cinta sejati
walaupun dukaku ini tiada sesiapa tahu
termasuk kamu wahai wanita
yang sangat-sangat aku cintai...
Ulasan
Catat Ulasan