~nasihatku kepadaku~

katanya:

pernah, di kala hatiku teramat seksa
kerna duka mencintai seorang wanita
yang teramat mustahil mencintaiku
aku mahu lari  dari duka itu
aku mahu lari dari terus mencintainya
kerna hatiku rasa teramat perit akan cinta
aku penat akan lemasnya jiwaku mencintai
tapi, aku memberitahu hatiku bahwa
aku harus terus mencintai dia
aku harus belajar menerima seksanya cinta
aku perlu belajar tidak lagi lari dari duka cinta
aku harus tetap mencintainya
walaupun aku dah penat
hasil seksanya jiwaku dilemaskan cinta.
aku beritahu akan itu kepada diriku...

dan, aku masih di sini, di lembah ini
bertahan walaupun jiwaku, hatiku diseksa cinta
aku masih bertahan walaupun aku dah penat
akan segala-galanya, akan semua ini...
kerna, ini sahaja hidupku yang aku suka
walaupun jiwaku merana, hatiku rasa perit.

aku pilih jiwaku ditikam oleh sesuatu
yang aku sangat-sangat cintai.

Ulasan

Catatan Popular