~egoku~

katanya:

mencintaimu membuatkanku bodoh
dan yang lebih bodoh lagi adalah
aku tetap mahu masih mencintaimu
kerna aku takut lagi dan lagi
aku kalah dalam percintaan
walaupun aku dah lama kalah
dalam mencintaimu ini
tapi, aku tetap masih mendelusikan
bahwa andai suatu hari nanti
kita bertemu, di kala itu aku dah hebat
kamu bakal memandangku dan mencintaiku.

tapi aku tahu, itu sekadar ilusiku
kerna selama-lamanya kamu tetap
tak akan mencintaiku walaupun aku
dan berjaya dan menjadi hebat.
dan, yang lebih utama adalah
sepertinya aku tak akan pernah
menjadi hebat dan berjaya dalam hidup
kerna aku adalah a failure, a loser.

tapi, aku tetap masih mahu mencintaimu
walaupun jiwaku merana diseksa cinta delusi.

Ulasan

Catatan Popular