~tulisanku~

katanya:

andai aku menulis
semata-mata kerna mahu tulisanku dibaca
maka aku dah lama berhenti
kerna aku tahu, sangat-sangat tahu
bahwa tiada sesiapa pun nak baca
tulisan sampahku ini.

andai aku menulis
semata-mata kerna mahu perasaanku didengari
maka aku dah lama berhenti menulis
kerna aku tahu perasaanku tidaklah istimewa.

aku menulis lagi dan lagi
walau tiada sesiapa tahu
kerna hanya tulisanku sahaja
caraku lari dari duka psikologiku
dan duka hasil cinta unrequited-delusional.
aku tak kisah andai tiada sesiapa baca
akan tulisan-tulisanku ini.

Ulasan

Catatan Popular