~gelap~
katanya:
tak sangka, hidupku setiap hari hanyalah
untuk lari dari duka yang ada di hatiku
hasil ditikam psikologi dan cintaku.
tak ku sangka, bangunku tidur hanyalah
untuk coba lari dari duka cinta dan psikologi
yang sepertinya dua-dua itu
tidak mahu meninggalkanku
dan, aku juga tidak mahu meninggalkannya
buat selama-lamanya.
tak ku sangka, aku dah gagal dalam hidupku
dalam usia yang sangat muda
dan, sepertinya aku bakal mati seperti ini...
aku dah kalah, aku dah lelah, aku dah penat
untuk teruskan kehidupan, untuk cari bahagia
aku dah tak semangat untuk cari itu
kerna sepertinya aku tak bakal bahagia lagi.
tak ku sangka, remaja yang cemerlang dulu
jadi seperti ini, ditikam kegelapan psikologi
dan pada masa yang sama, ditikam cinta delusi.
aku dah tidak tahu, nak berbuat apa lagi
untuk selamatkan diriku dari semua itu
kerna, andai aku coba lari, aku tetap ditarik kembali
ke dalam lembah yang menghancurkan jiwaku itu.
aku dah penat, nak gembirakan jiwaku
aku dah sick, nak naikkan semangatku untuk hidup
aku dah lelah, rasai semua yang ada dalam diriku
aku nak hilang dari dunia ini buat selama-lamanya
kan bagus, andai aku diberi peluang tentang wujudku ini
andai ada, aku memilih untuk tidak wujud in the first place...
Ulasan
Catat Ulasan