~tentang duka cinta~

katanya:

semakinku tahu mengenai dia
semakin rasa lemasnya jiwaku...
semakinku tahu tentang dirinya
semakin rasa seksanya hatiku...
cinta yang tak berbalas seperti itu
ia menyakitkan, sangat menyakitkan
tapi, hati tetap mahu mencintai dia
kerna hati anggap hanya di situ sahaja
sumber kegembiraan yang dicari...
cinta seperti itu menyeksa emosi
apatah lagi minda tak mahu berhenti
fikir akan semuanya mengenai dia
dan, hati tersangat merindui dirinya
rindu yang hanya memakan diri sendiri...
cinta yang tak akan pernah berbalas
hanya menghancur leburkan emosi
andai memilih untuk tetap mencintai
andai tetap memilih untuk menghayati ia..
semuanya adalah salahku, kerna tetap mahu
mencari kegembiraan dalam lembah itu
walaupun diri sendiri tahu
bahwa buat selama-lamanya
kegembiraan tak akan bisa ditemui di situ.
aku tetap berdegil mengatakan bahwa
hanyalah wanita itu sahaja
sumber kegembiraanku, buat selama-lamanya.
bodoh aku, tersangat bodoh...

Ulasan

Catatan Popular