~lantak saja berduka~
katanya:
aku buang jauh-jauh logik akalku
dan memilih terus mencintaimu
kerna mencintaimu, tidak masuk akal.
aku buang jauh-jauh keindahan cinta real
dan memilih tetap mencintaimu
kerna mencintaimu, adalah di alam delusi.
aku buang jauh-jauh kata-kata akalku
dan memilih kata-kata hatiku
kerna akalku menyuruhku agar lupa akan kamu.
aku abaikan fakta-fakta ilmiah
semata-mata mahu terus mencintaimu
walaupun aku kelihatan sangat bodoh.
aku abaikan kata-kata hikmah, motivasi
semata-mata kerna tidakku mahu
lupa akan cintaku terhadapmu.
lantaklah andai hidupku hancur
disebabkan cinta delusi!!!
lantaklah andai aku lemas selemasnya
di lautan cinta delusi!!!
tapi secara jujurnya, andai aku tidak mencintaimu
hidupku tetap seperti ini..
i'm a failure
with or without you.
i'm still a loser
either i love you or not.
kerna itu, aku pilih tetap mencintaimu
aku tak akan usaha mencari wanita lain
untuk hilangkan kamu dari hatiku.
aku akan hayati duka cintaku ini
sambil mendengar lagu bermelodi syahdu.
lantaklah, aku berduka...
lantaklah jiwaku lemas...
lantaklah psikologiku bertambah rosak...
Ulasan
Catat Ulasan