~realiti hidup~

katanya:

aku tahu bahwa di dunia ini
ada sekitar 7 billion manusia
makanya, duka cinta yang aku rasai
tidaklah istimewa, tidak pernah istimewa.
kerna itu, aku jarang menceritakan ia
kepada persekitaranku, malah aku pendam ia
walau aku sengsara tanpa peng-luahan
kerna aku pun dah tersangat biasa akan itu.
aku dah biasa diseksa cinta
aku dah tersangat biasa dilemaskan cinta
aku dah biasa senyum walau jiwaku merana
maka aku hanya perlu pendam ia
tanpa menyusahkan manusia lain
tanpa mencari simpati manusia lain
kerna aku tahu, duka yang aku rasai
tidaklah istimewa, tidak pernah istimewa.
aku dah biasa memendamkan duka
aku dah biasa senyum riang
walau dikala itu hatiku mati ditikam cinta
aku dah biasa ketawa riang
walau dikala itu aku terasa nak menangis
tapi tetap aku sembunyikan ia
kerna aku tahu, air mataku tidak istimewa,
aku tidak pernah istimewa di dunia ini.
akhirnya, aku hanya menangis di ruang kecilku
melihat hatiku ditikam lagi dan lagi
oleh cinta yang tidak pernah akan berbalas.
aku menangis bersendirian di ruang gelapku
memikirkan duka cinta yang menyeksa ku.
hatiku ini bodoh, tersangat bodoh
kerna andai ia dah mencintai
ia akan terlalu mencintai, walau ia sendiri sedar
bahwa wanita itu tak akan pernah membalas cintanya.
bodoh hatiku ini. di dunia ini banyak wanita lain
tapi masih mencintai wanita itu sahaja
malah ia sanggup merasai duka cinta.
bodoh. bodoh. bodoh bodoh. bodoh.

...
ingat di dunia ini ada sekitar 7 billion manusia
maka, duka cinta yang kau rasai tidak istimewa
kerna itu, pendam saja ia, biar jiwamu mati
kerna tiada sesiapa pun peduli akan jiwamu.
itu yang terindah, daripada kau mencari simpati.
itu yang terindah, pendam seksanya cinta
dan menghayati sakitnya hati hasil cinta.
pain itu adalah guru terbaik, kerna ia
menyeksa jiwamu dan juga hatimu
dan kau hanya pendam ia tanpa cerita
air mata jatuh di dalam ruang kecilmu
menikmati keperitan cinta romantika.
bukankah tragedi itu tersangat indah
daripada mencari belas kasihan persekitaranmu.

ingat, di dunia ini ada 7 billion manusia
maknanya, perasaan kau tidak istimewa
kerna itu, daripada kau membuang masa
mencari simpati, belas kasihan dan bantuan
lebih baik kau bangkit sendiri, berdiri sendiri
tanpa mengharapkan bantuan manusia lain.
mereka tidak beri a shit about your sadness.
kerna itu, bangkitlah, dan senyumlah di kala
cinta menyeksa kamu, di kala hatimu berduka.
bangkit dan bangkit, sama ada lari dari ia
atau embrace duka cinta itu jadi karya terhebatmu.
jangan buang masa mencari simpati
tapi, embrace ia jadi karya terhebatmu
dan sembunyikan saja rahsia di sebalik karyamu itu.
kerna, tiada sesiapa pun nak ambil kisah ia.
ingat, manusia mendengar lagu sedih
tanpa nak tahu pun apa kisah yang dilalui
oleh si pereka lagu itu... kerna manusia anggap
perasaan si pereka lagu itu tidak special
apa yang special hanyalah perasaan mereka sendiri.
kerna itulah, ingat dan ingat,
duka cinta yang kau rasai tidaklah istimewa
dalam pandangan manusia lain.
maka itu, pendam saja duka cintamu
walau kau merana bersendirian...
kerna itu yang terbaik...

aku selalu begitu, dah terbiasa begitu.

Ulasan

Catatan Popular