~aku penat~
katanya:
aku penat mencintai
kerna, semua cintaku
adalah delusional-unrequited.
aku dah lelah merasai ia
aku dah lelah merasai cinta
aku dah puas lemas tenggelam
dalam lautan duka cinta.
sentiasa, tidakku mahu mencintai
tapi tetap, tanpa izinku
hatiku mencintai, jatuh cinta.
aku lelah, tersangat lelah
merasai duka cinta, diseksa cinta.
aku lelah, tersangat lelah
mempunyai lumrah ini...
bisakah aku buang lumrah ini
daripada kewujudan diriku
agar aku tak akan lagi
jatuh cinta, buat selamanya...?
aku nak buang ia dari diriku.
agar, biarlah dia wanita terakhir
yang aku cintai...
Ulasan
Catat Ulasan