~alam ilusiku~
katanya:
aku dah terlalu lama
habiskan setiap masaku
dalam dunia ilusiku
hinggakan aku takut
nak keluar dari ia.
aku benar-benar dah terlalu lama
tinggal dan hidup di dunia ilusiku ini
hinggakan aku dah abaikan realitiku.
dunia ilusiku ini bukanlah indah
malah ia menyeksa jiwaku
tapi, tetap masihku berdegil
mahu tinggal di alam ini
mungkin kerna, ilusi sahaja
membantuku keluar dari alam realitiku.
aku penat, aku letih, aku lelah
habiskan masa di alam ini
kerna ia alam sia-sia belaka
alam ilusiku ini sia-sia
tapi, masih tetapku mahu tinggal di alam ini
walau bodoh manapun ia.
aku benar-benar dah habiskan banyak masaku
di alam ilusiku ini, malah
sepertinya aku tidak mahu keluar dari ia.
Ulasan
Catat Ulasan