~mimpi~

lagi
wanita yang dia cintai itu
muncul dalam mimpinya.
dia benar-benar merindui wanita
yang tidak akan merinduinya kembali
dan hanyalah alam mimpi sahaja
dia bisa bersua muka
dengan wanita itu...
dia, benar-benar nak kuasai lucid dream
agar dirinya bisa luahkan cinta
yang telah lama dia pendam.
dia perlu kuasai lucid dream
kerna hanya itu sahaja cara untuknya
luahkan cintanya terhadap wanita itu.
dia perlu luahkan cinta yang ada di hatinya
sebelum wanita itu pudar dari hatinya
walaupun luahan itu sekadar di alam mimpi.

Ulasan

Catatan Popular