~caraku lari~

katanya:

caraku tidur dikala ini
adalah berzikir
sebagai caraku lari
dari dukanya kemurungan
juga lari dari duka cinta
yang sentiasa mengganggu
tidurku di malam hari
juga tidurku di siang hari.

di kala ini, hanya itu sahaja
caraku untuk tidur
tanpa jiwaku dilelahkan
oleh peritnya cinta dan psikologi
juga peritnya kegagalan hidupku.

itu adalah caraku
untuk aku elakkan jiwaku
bertambah lemas tenggelam
dalam alam kemurungan cinta.

Ulasan

Catatan Popular