~mutiara~
katanya:
aku sengaja membiarkan jiwaku merana
diseksa lemas tenggelam dalam lautan cinta
kerna mungkin, aku bisa belajar sesuatu darinya
mungkin ada mutiara tersembunyi di dalamnya.
tapi
jiwaku dah tak tertahan lagi
hatiku dah terasa susah nafasnya
mindaku terasa nak meletup
kewarasannya mula diganggu
sanubariku teriak keperitan
semuanya adalah salahku
kerna masih mahu mencintai.
bodohku ini, masih menanyakan lagi:
tiadakah hikmah dalam duka cinta?
atau, ia sekadar ilusi anganku sahaja...?
Ulasan
Catat Ulasan