~realiti cinta unrequited~

katanya:

kamu bakal pudar dari hatiku, dari hidupku
walaupun aku mahu kamu kekal dalam hatiku
buat selama-lamanya, sepanjang hayatku
tapi aku tahu, kamu bakal pudar dari hatiku
kerna cinta yang tak akan pernah berbalas
akan hilang dan pudar dari hati yang mencintai
bezanya adalah durasi masa yang diperlukan
ada cinta yang hilang secepat mungkin
dan ada yang perlukan durasi masa yang lama.
aku benar-benar mahu kamu sahaja
yang hati aku cintai sehingga matiku
tapi aku tahu, suatu hari nanti,
tanpa ku pinta aku akan jatuh cinta lagi
dan kamu bakal aku lupa buat selamanya.
mungkin itu yang terbaik, agar jiwaku
bisa hidup segar kembali setelah layu, lemas
dimeranakan, diseksa oleh cinta unrequited.

aku tahu, sangat-sangat tahu, bahwa
cintaku terhadapmu bakal pudar dari hatiku,
akhirnya, hatiku tetap akan lupa akan kamu
walaupun aku coba tetap mencintaimu...
aku tahu itu, kerna itu aku abadikan kamu
dalam setiap karya tulisan-tulisanku.
aku nak kamu kekal dalam sastera lamaku
walau tidak lagi di hatiku, sastera kini ku.

Ulasan

Catatan Popular