~sebuah tragedi~

katanya:

lagi dan lagi
kekosongan muncul dalam hatiku
setelah duka cinta semakin surut dalam hatiku.
ironi hidupku ini, tragedi batinku ini
jiwaku lemas tenggelam diseksa cinta
dan setelah duka cinta surut dari hatiku
jiwaku dilemaskan pula oleh kekosongan.
ia bertukar-tukar antara duka cinta
dan duka hasil psikologi kekosongan,
masing-masing mahu jiwaku mati.
kerna itu adakalanya, aku lebih suka
andai jiwaku lemas kerna duka cinta
berbanding ia lemas kerna duka kekosongan
walaupun duka cinta itu benar-benar menyeksakan
tapi, duka cinta bisa mengisi hatiku
yang kekosongan...
walaupun akhirnya, ia juga penambah kemurunganku.

aku sedar akan sesuatu
kemurungan hasil cinta berbeza
berbanding kemurungan psikologi
kerna, hasil kemurungan cinta
adalah hatiku merana diseksa cinta
manakala hasil kemurungan psikologi
adalah jiwaku rasa kekosongan.

Ulasan

Catatan Popular