~serulingmu~
katanya:
tidakkah kau meniup lagi seruling bamboo mu itu
biar kesyahduan melodinya menyentuh jiwa yang kesepian
mengisi hati yang kesunyian di malam hari
sambil memandang langit atas sana menghayati bintang
tiup, tiup ia, beri ia melodi, biar kekacauan minda hilang
diganti sayup-sayup melodinya yang indah, menusuk jiwa
cepat, tiup ia, aku nak dengar melodinya
kerna jiwaku ini hendak memberontak
mahu teriak ia melawan seksa kehidupan
cepat, cepat, tiup ia, biar jiwaku dapat kesedaran
agar tidak kewarasan mindaku tercabar...
Ulasan
Catat Ulasan