~keganjilan usaha~

katanya:

ia kelakar, tersangat kelakar
di saat cintaku terhadapmu mahu pudar
[cintaku padamu semakin pudar]
kamu mula sedar akan wujudku
walau sedarmu tidaklah ber-hierarki tinggi
tapi, kamu sedar akan perkataanku
yang ku ucapkan padamu,
walau ia ucapan, sekadar ucapan.

ia kelakar, tersangat kelakar
di saat aku berputus asa
agar dikau sedar akan diriku, akan wujudku
tiba-tiba, hanya dengan sedikit usahaku
[usaha tanpa harapan, tanpa keinginan
  usaha seorang pengalah]
tiba-tiba kamu sedar akan wujudku
sedar akan diriku, walau sedarmu itu
tidaklah beri makna kepada hatimu
tapi, it mean a lot for me...

aku pelajari sesuatu dari kisahku ini
'usaha walau ia usaha pengalah
  walau ia usaha tanpa harapan
  walau ia usaha sedikit...
  usaha walau ia usaha pemalas...
  kerna usaha tetap usaha
  walau disebalik usaha itu
  adalah derita, malas, kalah,
  berputus asa...

  usaha, walau akhirnya kau sedari
  ia kelihatan usaha yang sia-sia
  ia adalah perkara sia-sia...

  mungkin, itu yang terbaik... '

Ulasan

Catatan Popular