tabah
katanya:
ketika jiwaku didakap oleh sepi
ku menyebut nama ilahi
ketika diriku dipeluk oleh sunyi
ku mencari cinta Sang Pencipta
sebagai caraku mencari bahagia
sebagai caraku rasai kebahagiaan
mengisi jiwa dan batinku ini
yang dah penat lelah derita
kerna permainan hidup di dunia.
tapi, nak rasai bahagia itu
kekal di hati, berbekas di jiwa
ia terasa susah dan mencabar
kerna badan masih bermaharajalela;
nafsu masih menguasai minda
hal-hal dunia masih menguasai hati
permainan hawa nafsu masih aktif.
dan, rasa sepi dan sunyi
masih datang mencengkam jiwaku
masih coba membunuh sanubariku
mahu merosakkan emosi psikologiku.
tabahkan hambamu ini, wahai Sang Pencipta.
Ulasan
Catat Ulasan