dalam alam buku

katanya:

Ku berenang di lautan ilmu
Bukan kerna ku nak lawan autoriti
Bukan kerna nak debat sana sini.
Ku sibukkan jiwaku dengan buku
Bukan kerna nak sebarkan maklumat
Bukan kerna nak cari pengaruh sosial.
Ku biarkan jiwaku menari di alam buku
Bukan kerna ku mencari romantika
Bukan kerna ku ingin populariti.
Ku biarkan jiwaku lesap di alam buku
Bukan kerna ku nak ubah manusia
Bukan kerna ku nak ubah kelas ekonomi.
Ku coba sirna dalam keindahan buku
Bukan kerna nak jadi pejuang politik
Bukan kerna nak selamatkan dunia.
Ku masuk ke hutan belantara buku
Bukan kerna ku ingin sebarkan ilmu
Bukan kerna untuk struggle for recognition.

Tapi,
Ku biarkan kesedaranku berfantasia
Di alam pelbagai buku
Kerna, itu caraku lawan psikologiku
Dakap erat akan monster psikologiku
Itu caraku lupa akan tragedi psikologiku
Itu eskapisme sementaraku
Dari demon psikologiku
Itu caraku membiarkan jiwa ini
Menari merasai derita kekosongan
Ia adalah anti-psikologi kelamku ini.

Ulasan

Catatan Popular