kekacauan jiwa kita

katanya:

Provokasi kerna nakkan kekacauan
Kontroversi kerna nakkan populariti
Demonstrasi kerna ketidakpuashati
Apa lagi kamu mahu di dunia ini
Apa lagi yang kamu mahu
Untuk 'kebaikan' dunia ini?
Lihat dunia ini, ia kacau, hancur
Masih dikau mahu hancurkan ia?
Jom, aku pun nak sertai sama
Kita hancurkan lagi dunia ini
Biar jiwa anarki 'memperbaiki' alam
Biar jiwa memberontak
'Wujudkan' segala keamanan
Kita hancurkan sistem kejam ini
Dan naikkan sistem 'keadilan'
Lawan dan lawan biar dipenjara
'Untuk agama, bangsa dan negara'.
Lepas itu, kita romantiskan usaha kita
Biar orang 'pandai' ramai terpengaruh.

Itu yang ada
Di sebalik usahamu kan?

Ulasan

Catatan Popular