si pembunuh jiwa

ku coba genggam erat saki baki hati
yang pecah luluh dipilu senjata cinta
di sebalik setiap tawa sang pemuisi
ada sebuah tangisan oleh si perindu
namamu mahu ku sebut dengan halus
namun ia tetap sebuah tikaman membunuh
berlari-lari jasad walau roh jiwa mati
dipaksa oxygen menusuk sel-sel jantung
mahu nanti, hati yang dah lama koma
bangkit kembali untuk ditikam cinta lagi.

lihat jiwa ini, walau psikologi menikam
masih dia mahu mendakap tubuhmu
walau sekadar dalam alam fantasi
kerna, dia masih belum puas menderita
berharap, berimpian, berkhayal cinta.

Ulasan

Catatan Popular