jiwa perwira palsu
jiwa seorang perwira palsu
ilusi sang self-proclaimed perwira
perwira yang baru nak kenal realiti
aku, kau dan kita.
menunjukkan
lembah kekeliruan jiwa sendiri,
mengajak pula
insan lain masuk ke situ.
melalak di alam media
menyoal realiti itu dan ini,
tapi tidak mahu pula
sendiri mencari jawapan.
asyik mencari
kelemahan orang lain,
sibuk pula mengajak
membandingkan orang lain.
terlalu sibuk mengakalkan
membandingkan metafizik sufi
tapi, malas pula sirnakan diri
menyaksikan ia.
sibukkan jiwa dan akalnya
perihal pelbagai kontroversi
yang sesekali langsung
tidak berguna untuk roh, jiwa, akalnya.
memberi pendapat itu dan ini
sibuk pula mengumpul maklumat,
bidang yang dia ceburi kelaut
bidang lain pula dia puja.
suruh manusia ikut jejaknya
agar bangsa menjadi maju katanya,
akhirnya banyak sekali pencerita
tapi ketinggalan ilmu praktikal.
menghasut pula insan lain
luaskan bidang ilmu pengetahuan
tapi akhirnya, ramai lemas sebelum
memperdalamkan satu bidang ilmu.
suruh manusia lain
menghias manhaj pokok ilmu
tapi akar-akarnya
dia sendiri racunkan, dia kafirkan.
manhaj pujaannya
dijadikan laksana parti politik,
melalak mencari pengikut
anggap majoriti pemegang kebenaran.
gagasan yang dia dakap
dibisingkan perihalnya,
terlalu sibuk mencari pengikut
tapi diri sendiri bodoh bermaharajalela.
idealisme yang dia pegang
mahu ditunjukkan ke ramai,
akhirnya kesampahan
kerna tidak sedar diri sampah.
kritik bidang ilmu
jauh dari kebenaran bilangnya,
tapi diri sendiri tidak mahu
kuasai ia, baru kritik ia.
terlalu
memuja bidangnya,
tak sedar diri pula
limit bidang ilmunya.
sibukkan diri mencari pengikut
untuk juangkan islamisasi,
tapi diri sendiri ke laut
tidak tahu islamkan ilmu apa pun.
akal sibuk
mengkritik islamisasi pengetahuan,
tapi diri sendiri
tidak faham islamisasi ilmu.
minda rasional sibuk
perihal komen sesuatu gagasan,
tapi diri sendiri kosong
sekadar perwira pembaca buku.
kritik dan kritik ilmuwan itu dan ini
sibuk mencari kesalahannya,
lebih baik kau kuasai sains teknologi
daripada menjadi penglipur lara.
pencerita popular ilmu
menyibukkan pula awam lain,
akhirnya si awam
menjadi pengkritik pula.
mahu membumikan ilmu
maka menjadi pencerita awam,
akhirnya, lahir pengkritik awam
yang tak sedar diri awamnya.
ilmu itu bersifat esklusif
pencerita pula sebarkan perihalnya,
maka lahir perwira awam
sibuk bising kritik itu dan ini.
.
tapi, ini kehidupan kalian
maka, buatlah apa pun...
kalian pilih jadi pejuang
aku pilih jadi kekosongan.
Ulasan
Catat Ulasan