malas membaca atau malas nak dalamkan ilmu?

ilusi terbesar tentang kemunduran
perihal sesuatu bangsa atau negara
adalah dengan mengatakan bahwa
kerna umatnya itu malas membaca.
itu adalah fakta yang terlalu ilusi
terlalu show off oleh sebilangan pejuang
kerna sebabnya kemunduran itu adalah
mereka terlalu sibuk di permukaan air
mengumpul terlalu banyak informasi
menyusun air-air untuk pendebatan
hinggakan mereka malas nak tenggelam
mencari permata di dasar lautan ilmu.
kita terlalu sibuk mengetahui itu dan ini
memberi pendapat perihal itu dan ini
hanya puas berenang atas air informasi
menjadi pejuang dan pelalak terhebat
tapi malas menyaksikan misterius alam
dengan menyelam ke dalam lautan
kita malas nak kuasai sesuatu ilmu itu
secara mendalam dan lebih dalam
hingga diiktiraf perihal keilmuannya.

kita hanyalah sibukkan diri dan jiwa
dengan informasi untuk puaskan ego
mengumpul pelbagai maklumat hebat
untuk komen dan kritik itu dan ini
dan self-proclaim pejuang bangsa
tapi, akhirnya kita hanya pejuang mulut
bukan pejuang hasilkan teknologi
dan juga bukan perwira majukan sains

~ tapi, kalian masih diperlukan
untuk menjadi pencerita terhebat
kepada orang awam yang makin lelah
diseksa oleh kapitalisme dan
dikelirukan oleh politik sampah.
pencerita memainkan peranan penting
kepada sesuatu masyarakat
cumanya, kalau dah terlalu ramai
hanyalah memberi kekeliruan ego,
juga makin malas orang awam
mendalamkan ilmu teknikalnya
kerna terlalu sibuk menghayati cerita
yang tidak akan ada kena mengena
dengan hidupnya, dalam kerjayanya.
si kaki pencerita pula,
sang pengumpul maklumat
terlalu mengagungkan perjuangannya
hinggakan dia tarik paksa orang awam
menyertai perjuangannya.
apa boleh buat, itulah kesan demokrasi
makin ramai tahu, makin membara
pengaruhnya dan kebenarannya.
kita perlukan segelintir manusia
yang lari dari kesibukan itu
agar jiwa akalnya sibuk
mendalamkan ilmu yang ramai
tak minat kuasainya secara mendalam...
kerna, kita ramai pencerita fizik
tapi kekurangan pemaju fizik
kita ramai pencerita sejarah
tapi kekurangan pemaju sejarah
kita ramai pencerita metafizik sufi
tapi kekurangan penyaksi metafizik
kita ramai pencerita ekonomi
tapi kekurangan pemaju ekonomi
kita ramai penghafal ilmu dulu
tapi kekurangan inovasi ilmu moden
dan begitu juga bidang yang lainnya.

tapi, semua itu ada solusi, mungkin:
sediakanlah si pencerita peluang
agar dia menjadi dua-dua itu:
si pencerita dan si pemaju,
andai bukan dia pun,
biar manusia lain yang dipengaruhi
oleh si pencerita itu,
menjadi si pemaju di masa depan.

...
semua ini pendapat aku, juga
kepada sesiapa yang terkesan
dan, ini sekadar subjektif
tidak sesekali objektif
maka, ia bukan betul secara total
dan tidak salah secara total.

Ulasan

Catatan Popular