Cinta adalah derita yang terindah
Aku beri kamu roh ku ini.
Terletak padamu
Apa yang mahu kamu lakukan
Kepada ia...
Kamu nak pijak ia
Nak tikam ia, pagari ia,
Siram, baja, atau sihirkan ia.
Aku tak kisah semua itu
Kerna, dia dah mencintaimu.
Tapi, tolong jangan ambil zahirku
Kerna, aku nak tinggal di dalamnya
Dan abaikan rohku itu
Yang mencintaimu.
Andai, dikau dah puas
Mempergunakan rohku itu
Sila buang ia di lembah terdalam
Agar, dia tidak datang melutut
Di depan pintu logikaku
Di saat dikau membuangnya
Kerna, aku benci dia, sangat benci
Si roh yang mencintaimu itu.
Dewa roh yang beri cintanya
Dan abaikan dewi logika
Adalah bangsa terbangsat sekali
Kerna, kecurangan roh
Adalah derita kepada logika.
Ulasan
Catat Ulasan