Keikhlasan ku

Waktu pertama kali
Ku lihat dirimu
Terasa roh ku ditikam.
Auramu dingin. Kamu penyendiri.
Misterius rohmu menarik rohku
Ke belantara yang sendu.
Senyumanmu sebuah teriakan
Meminta pertolongan.
Suara hatimu telah didiamkan
Oleh suara zahirmu.
Bagaikan pagar memisahkan
Antara jiwamu dan zahirmu
Hinggakan, kau yang zahir
Sangatlah berbeda
Berbanding dikau yang ada di jiwamu.
Rohku ini teringin sangat
Nak dengar suara hatimu
Yang dizahirkan oleh suara zahirmu
Tapi, kenapa sungguh susah
Untuk rohku mendakap rohmu?
Apa jiwamu itu dah terlalu dalam
Ditenggelamkan oleh realiti?
Andai ku hulur tanganku
Mahu dikau hulurkan juga tanganmu?
Andai jiwaku ingin turut
Tenggelam bersamamu
Mahu kamu benarkannya?

Atau, kamu juga seperti yang lain
Menunggu munculnya sang rembulan
Atau kau sama seperti aku
Memeluk kegelapan
Dan abaikan pencarian romantika?
Aku rasa kita berdua
Sesuai untuk bersama
Buat sementara waktu
Hingga habis nyawaku...

Ulasan

Catatan Popular