Geometri Puisi
Caraku mencari inspirasi puisi:-
Dengan masuk ke lembah sunyi
Sambil mendengar syahdu melodi
Di penghujung malam hari
Dalam kegelapan naluri, sendiri.
Caraku menghembuskan puisi:-
Hanya tikam perlahan rohku
Biar menusuk kalbu kekosongan
Mencari aksara yang menyengat
Biarlah jiwa sendiri tenggelam
Tanpa harapan, maruah, kebanggaan.
Caraku meracunkan puisiku:-
Dengan mengeksploitasi sanubariku
Letak kimia berbahaya ke dalamnya
Biarlah hasilnya adalah racun
Mencemarkan pelbagai alam jiwa
Walau rohku terhakis, akhirnya.
Derita ini, menjadiku Raja
Kepada para pendiam...
Ulasan
Catat Ulasan