Leluhur Para Penyendiri

Ketika diam kesendirian
Emosinya berteman aksara
Senyum bersama rembulan.
Dalam kesunyian malam
Jiwanya berteman abjad
Berdansa bersamanya.
Ketika suasana sepi
Kalbunya mendakap seni
Berbicara perihal misterius.
Andai sayu menyelubunginya
Dia rangkul pelbagai buku
Mencari metafizik alam.
Bila sedih menyiat kalbunya
Dia pilih dengar melodi syahdu
Agar kalbu bertambah perit.
Rasa keseorangan menikamnya
Dia memandang langit hitam
Simbolik- rangkul jiwanya sendiri.
Ketika sayu hujani batinnya
Para bintang coba melambainya
Dia senyum dalam kekosongan.

Ulasan

Catatan Popular