Mikrokosmos Sang Penyendiri

Jurang hatinya itu lembah terdalam
Para insan lari menjauhinya
Kerna, ia menakutkan, berbahaya.
Antartika jiwanya lautan tak berdasar
Ramai tenggelam mati lemas
Kerna, anggap didasarnya mutiara.
Hutan mindanya itu belantara terluas
Ramai sesat di dalamnya, kesendirian
Kerna mengembara tanpa izin.
Orkestra kalbunya itu simfoni sepi
Ramai dimabukkan iramanya
Di kala pencinta menceroboh.
Tatapan matanya gua tergelap
Ia misterius, menembus roh terdalam
Disembunyikan dalam senyuman.
Psikologinya adalah luar kosmos
Tiada teleskop mampu sampai
Malah, para saintis abaikan ia.
Spiritualitinya adalah kekosongan
Berdansa ditemani melodi syahdu
Mencari makna dalam derita.
Aksara emosinya tergelap auranya
Para kecundang mati dibunuhinya
Pakar abjad hairan terbungkam.

Masih kamu mahu mendakapnya?

Ulasan

Catatan Popular