alam sejagatraya itu merinduimu
kulihat bintang hinggap di jendela langit
mencari kamu dalam sepi-sepi malam
lalu kulihat rembulan melukis namamu
cahayanya memecahkan kelam malam
para planet pula menunjukkan simetrinya
untuk kau merungkai rahsia geometrinya,
wahai kamu, sang perungkai eksistensi
cakerawala itu merindui personalitimu
yang sentiasa senyum malu dan tertawa
melangkah sayu di permukaan bumi
walaupun diseksa kamu oleh derita
tapi sungguh manifestasi wajahmu itu
menunjukkan bahawa rohmu terindah
yang kewujudannya sebuah misterius.
kamu salah satu sinopsis makrokosmos
yang mengindahkan mikrokosmos diriku.
Ulasan
Catat Ulasan