Pejuang Abstrak

Depression is not an illness
It is an art....
Ia akan beri jiwa kau seni;
Sensitiviti kau terhadap emosi
Dan perasaan bertambah;
Boleh membantu jiwa kau
Untuk menghargai lagi seni yang mati;
Dan mungkin kau boleh
Reka seni kau sendiri...
Kerna depression kau boleh
Menjadi perungkai eksistensi;
Yang mencari makna realiti;
Sang penyendiri yang melukis puisi;
Menjadi kau old soul dalam sunyi;
Atau mengurai geometri-geometri sakral
So, embrace it,
Pendam ia tanpa penceritaan
Senyum merasai kekosongan itu
Lemaskan lagi jiwa di lautan itu.
Biarlah sampai satu tahap
kau dengar suara
untuk suruh kau suicide, self harm
Masa tu baru pergi jumpa
pakar psikologi, kounseling.
Tapi, cara tu bahaya
IA TERSANGAT BAHAYA
Ramai manusia dah kecundang,
lesap, hilang, tewas, mati...
Ketagihannya sungguh menyeksakan
Mematikan bara enthusiasm-mu...
Hanya sedikit sahaja
Yang mampu mendakap ia
Dan berjaya hasilkan seni terindah,
Itupun tak pasti lagi
Apa penghujung yang menunggunya.
Depression itu adalah seni
Apabila kau jadikan ia sumber seni
Tapi, depression itu adalah penyakit
Andai kau sentiasa dikalahkan oleh ia.
Jadi, kalau nak selamat
jangan embrace ia
Pergi jumpa pakar seawal mungkin
Makan dadah-dadah halal,
Dan luah ia tanpa pendam.
Dan jangan jadikan ia
Sebagai sumber pelbagai senimu,
Kerana andai kau pilih
Jadikan ia asas senimu
Maka kau telah pilih
Untuk tikam jiwa kau sendiri.
Semuanya terletak kepada kau.

Depression itu umpama double sword;
Guna ia untuk hargai seni atau
Hasilkan seni yang tersendiri,
Dan pada masa yang sama
Bunuh jiwa sendiri dengan sengaja.

Ulasan

Catatan Popular