Habromania Yang Membunuh
Pernah
di suatu ketika dahulu, para pejuang ekstremis anarki di alam sains coba mahu
hapuskan alam sastera puisi. Ramai insan yang tergadai nyawanya, tergadai seni
sasteranya. Namun, sejarah itu telah disembunyikan atas nasihat para ilmuwan
ketika itu, mungkin kerna ia tersangat sensitif perihalnya.
Begini
ceritanya.
…
Setelah berkurun-kurun lamanya, makhluk di alam sastera puisi hidup aman damai. Walau dunianya tidak sekaya dunia sains, tapi bagi penghuni alam itu; sentiasa menari sirna ke alam emosi dan perasaan sambil menghayati puisi adalah- lagi indah berbanding terlalu mengejar kemajuan teknologi material. Bagi para jiwa pemuisi, alam immaterial puisi itu lagi suci, lagi sakral berbanding alam empirikal pujaan ahli sains.
Tapi,
sejak beberapa dekad, ia telah berubah, para pejuang di alam sains mahu
hapuskan peranan alam sastera dalam alam cakerawala. Mereka menganggap alam
sastera puisi sekadar alam yang kosong, tiada sumbangan material, hanya hasilkan puisi yang melayan emosi sunyi, sepi,
pilu, lara, kelam, gelap, sedih, cinta, rohani. Puisi romantika, confessional poetry, puisi sufistik
mistik dan pelbagai genre puisi lagi semuanya adalah sia-sia belaka, hanya
melambatkan proses kemajuan tamadun manusia, anggap mereka.
Para
pejuang sains telah mengadakan rusuhan terhebat dalam sejarah manusia di alam multiverse ini. Harapan mereka agar para
pemimpinnya memberi ubat anti-sastera kepada para jiwa yang ada dalam pelbagai
alam ini, biar saja ketidakseimbangan biochemical
dan neurotransmitter bisa
diseimbangkan saja melalui ubat-ubat kimia sahaja, tidak perlu lagi para jiwa
mendakap seni sastera sebagai cara menghilangkan dan melupakan kekecewaan dan
kekosongan hidup.
Mereka
lakukan rusuhan siang dan malam, tanpa tolak ansur, tanpa mendengar pendapat
ahli sastera. Ramai pemuisi mati hanya kerna mereka mahu berbincang aman. Ada
pemuisi dipaksa menelan ubat anti-depresi, agar sang pemuisi itu tidak lagi
mencari seni dan sastera sebagai penawar kepada psikologi hitamnya. Ada pemuisi
pula, yang sanggup membunuh dirinya sendiri, kerna tidak mahu melupakan apa itu
erti keindahan seni sastera puisi. Ada pemuisi pula yang hanya diam memerhati
dari jauh, umpama mereka itu sepertinya tidak kisah akan segalanya yang berlaku
di alam empirikal. Tapi lebih ramai pemuisi lari kerna tidak terdaya melawan
logika para ekstremis sains.
Pelbagai
slogan berunsur kebencian telah dihamburkan oleh perusuh-perusuh anti-sastera.
“Kerna
sastera, jiwa kita mati! Kerna metafora sastera, pelbagai puisi syahdu telah
membunuh para jiwa yang kekosongan! Kerna seni sastera, bunga-bunga menjadi
simbolik pelbagai duka derita! Kerna puisi sepi, sang bulan menjadi peneman
para pujangga kesepian!” kata-kata yang masih terngiang-ngiang dalam alam
radio.
“Andai itulah
yang menghantui, mengapa tidak saja kita hapuskan sastera dari dunia ini!? Biar
ia lesap, meninggalkan evolusi manusia! Jangan lagi ia mendakap para jiwa yang
kekelaman akibat ditikam oleh pisau tragedi. Lesapkan ia saja, biar seni dan
sastera tidak lagi wujud sebagai catharsis
untuk pelbagai duka realiti!” kata salah seorang perusuh.
“Coba
dikau lihat itu, kata-kata yang terhambur dalam ruang imaginarinya, ia
kata-kata dusta. Ia sekadar puisi yang disimbolkan sebagai kekalahan dirinya
melawan kesedihan dunianya. Kata-kata itu dia coba pula material-kan atas kanvas putih suci. Harapannya adalah agar
kata-kata itu bisa membunuh jiwa para pencandu puisi. Tipikal para kecundang adalah-
hanya tahu mencari seni sastera untuk lupa sementara perit sebuah kehidupan.”
“Wahai
para pejuang semua, jangan sesekali kalian ditipu oleh puisi romantika syahdu
itu! Jangan kalian coba beri jiwa kalian kepada puisi yang ditulis oleh pemuisi
unrequited cinta itu! Jangan sesekali
puisi bisa memberi kalian emosi dan perasaan. Jangan sesekali ia meresonansikan
kesedihan kalian terhadap cinta! Kalian harus lawan ia, kerna emosi cinta
adalah sia-sia! Ia sampah!!! Wahai para satria sekalian, sedarlah bahwa emosi
dan perasaan itu adalah musuh utama terhadap kemajuan tamadun manusia."
“Aku
benci sastera! Sangatku benci akan ia! Andai saja ia itu ada geometrinya, ingin
ku pecah-pecahkan ia, biar menjadi satu dimensi saja! Atau biar saja ku
pupuskan ia dari fabrik alam semesta ini. Jangan lagi ia coba merasuk jiwa-jiwa
yang kesedihan," kata keramat yang menghantui peminat puisi.
“Mari
kita hancurkan dunia seni puisi!!! Para pemerintah harus mewajibkan agar para homo sapiens-
supaya setiap gene harus diedit agar code yang membawa unsur sastera
diasingkan dari DNA manusia buat selama-lamanya,” kata pejuang kepada semua
penduduk pelbagai galaksi.
“Kita
harus kuburkan puisi! Jangan lagi ia coba menusuk hati! Jangan lagi ia coba
mengeluarkan air mata kita!!! Jangan lagi kata-kata puisi bebas terbang di
angkasa sini!” teriaknya lagi, marah-semarahnya kepada alam kesenian.
“Lihat
kata-kata pemuisi wanita itu, ia coba ber-material,
coba wujud ke alam empirikal. Kata-katanya coba mendakap para jiwa yang mati,
mahu rangkul jasad yang kelelahan, agar ia bisa meresap masuk ke alam kalbu.
Hati-hati wahai pejuang sekalian. Jangan sesekali kata-kata itu memerangkap
kalbumu,” nasihat jiwa anarki.
“Akan
aku coba lawan ia, dengan pelbagai muslihat logik bermatematika. Pada pendapatku,
senjata terbaik, menghapuskan seni sastera, adalah dengan meggunakan senjata
yang dibaluti ilmu sains dan logika. Pedang yang dihiasi puisi tak akan
sesekali pernah bisa melawan pedang yang dihiasi sains,” kata hulubalang sains
itu.
“Akan
aku lawan ia, biar objektif sains melawan subjektif seni sastera. Hidup ini,
sebagai homo sapiens, tidak
memerlukan subjektif, emosi, perasaan, mahupun roh- consciousness, kerna semua itu tidak berguna. Semuanya sampah
belaka, hanya menganggu perkembangan teknologi, sains, ekonomi dan politik,” kata pejuang anti-sastera.
“Andai
sains mampu terangkan alam tanpa perlu penggunaan kata-kata divine dan mampu hasilkan teknologi
terhebat, mengapa manusia perlukan puisi untuk maju? Andai sebab dan akibat
bisa diterangkan dalam pergerakan material
semata-mata tanpa perlu penerangan sebab dan akibat dari divine, mengapa kita perlukan emosi,
perasaan, subjective experience untuk
menerangkan perihal consciousness
manusia? Kita tak perlukan semua itu, kerna semua yang terjadi di dunia ini
bisa diterangkan melalui scientific
theory semata-mata. Kerna itu, nyahlah dari dunia ini, wahai para kecundang
yang bodoh sains!!!" para agnostic
materialist anarki berlogika memuja dewa rasio dan merendahkan-mengsampahkan-membangkaikan
dewi emosi.
…
Beberapa
tahun kemudiannya, ramai pemuisi mula hilangkan wujudnya di alam empirikal ini,
kerna mereka tidak terdaya lagi melawan dewa rasio yang dipuja oleh ahli sains.
Ternyata, pejuang sains menang setelah membunuh dewi emosi pujaan ahli sastera.
Akhirnya, puisi hilang dari semesta. Tapi sungguh malang, bukan sekadar
pujangga puisi hilang, tapi para hukama, gnostic, falsafah, sufi, metafizik,
mistik, golongan irfan, teosofi, ishraqi- semuanya menyembunyikan diri- hilang
dari pandangan sejagat manusia yang semakin lama telah dibutakan oleh keindahan
materi hasil ideologi ekstremis sains.
…
Setelah
beberapa abad berlalu, sejarah hitam itu mula dibangkitkan kembali oleh para
sejarah yang mahu merungkai peperangan yang disembunyikan itu. Walaupun setelah
dilakukan pelbagai kajian, menggunakan gabungan-sintesis metodologi saintifik
dan kashaf, tapi persoalan utama masih bermain di minda mereka perihal dalang
kepada huru-hara tersebut kerna ramai diwaktu huru-hara itu, tidak tahu siapakah
mastermind yang sebenarnya di sebalik
rusuhan itu. Tiada sesiapa tahu, apa sebab utama ‘mastermind’ itu mahu hapuskan seni sastera dalam alam pelbagai universe ini.
Sehinggalah
datang seseorang yang telah matang kerohaniannya, menceritakan segala-galanya -
“Pernah
dikau dengar kata-kata ini; ‘bahwa di sebalik lelaki yang hebat, ada wanita
hebat dibelakangnya’? Maknanya, andai disimetrikan dan dipantulkan kata-kata
itu maka bisa menjadi seperti ini; ‘bahwa di sebalik lelaki yang hancur, ada
wanita penyebab kehancurannya’.”
Lelaki
tua itu kemudiannya memberi sampul surat kepada ahli sejarah yang telah
bermati-matian mengkaji perihal kejadian itu. Dan tiba-tiba ahli sejarah itu
pengsan dan dalam kehilangan kesedarannya mendengar kata-kata ini:
“Mereka
tidak tahu, peperangan itu adalah sebuah art,
ia seni terindah. Mereka tidak tahu, peperangan moden itu adalah integrasi
falsafah antara sains, seni, rohani pada perspektif manusia.”
Hasil
intuisinya yang matang, ahli sejarah itu tahu siapa yang bermonolog itu. Dia
adalah mastermind di sebalik tragedi
hitam itu, dia adalah sang prodigi yang menguasai sempurna akan falsafah dan
aplikasi tiga-tiga bidang itu [sains, seni dan rohani], dan menggunakan semua
itu untuk hancurkan dan pupuskan alam puisi dari semesta buat selama-lamanya.
“Hati-hagi dengan cinta, kerna- sama ada ia mampu
memekarkan bunga dunia atau menghancurkan ia menjadi debu.”
TAMAT
EPILOG 1:
Kepada:
Putri Dirgahayu
Daripada: Putra Cakerawala
Tanggal:
Purnama Galaksi ke-233
Wahai Dinda, puisi ku ini untukmu saja, buat
selama-lamanya.
Tahu kamu,
sfera emosi dalam kalbuku ini
telah mula bermateri wujudnya
bila ku baca puisi-puisimu
dalam setiap kesendirianku.
ruang-masa jiwaku ini
geometrinya mula lengkung
kerna asap emosi mula berkumpul
hasil membaca tulisan-tulisanmu.
ternyata, puisimu mencengkam
asapnya membunuh, menikam
ia racun buat emosi, ia toksid.
tapi, tanpa dengar dan hirauku
akan rintihan derita jiwaku,
ku masih lagi terus menghidu
toksid puisi-puisimu itu.
bagiku, 'biar saja jiwa merana
asalku bahagia berkhayal
di alam seni...'
tagihanku terhadap puisimu
beri ku penawar sementara
dari realitiku, dari logikaku
dari kesedaranku.
nikotin hitam berbahaya
yang ada dalam puisimu itu
ia membunuh suara hatiku
malah, ia mahu ganti suara itu.
campuran kimia ekstasi
yang tersembunyi dan tersirat
dalam susunan puisimu itu,
juga mula membunuh logikaku
mahu menghapuskan peranannya.
apa lagi, yang bakal
puisimu lakukan terhadapku?
ia telah ambil zahirku,
batinku, suara hatiku
dengan relaku, tanpa paksamu...
apa lagi yang akan ku berikan
kepadanya?
adakah rasa cinta terhadapmu?
adakah ia mahu hatiku ini
agar mencintai dirimu?
andai itulah
yang seni puisimu mahu
maka...
telah mula bermateri wujudnya
bila ku baca puisi-puisimu
dalam setiap kesendirianku.
ruang-masa jiwaku ini
geometrinya mula lengkung
kerna asap emosi mula berkumpul
hasil membaca tulisan-tulisanmu.
ternyata, puisimu mencengkam
asapnya membunuh, menikam
ia racun buat emosi, ia toksid.
tapi, tanpa dengar dan hirauku
akan rintihan derita jiwaku,
ku masih lagi terus menghidu
toksid puisi-puisimu itu.
bagiku, 'biar saja jiwa merana
asalku bahagia berkhayal
di alam seni...'
tagihanku terhadap puisimu
beri ku penawar sementara
dari realitiku, dari logikaku
dari kesedaranku.
nikotin hitam berbahaya
yang ada dalam puisimu itu
ia membunuh suara hatiku
malah, ia mahu ganti suara itu.
campuran kimia ekstasi
yang tersembunyi dan tersirat
dalam susunan puisimu itu,
juga mula membunuh logikaku
mahu menghapuskan peranannya.
apa lagi, yang bakal
puisimu lakukan terhadapku?
ia telah ambil zahirku,
batinku, suara hatiku
dengan relaku, tanpa paksamu...
apa lagi yang akan ku berikan
kepadanya?
adakah rasa cinta terhadapmu?
adakah ia mahu hatiku ini
agar mencintai dirimu?
andai itulah
yang seni puisimu mahu
maka...
'aku mencintaimu...'
EPILOG 2
“Tapi,
kau penipu. Wahai cinta mengapa kau menipu? Adakah semua pemuisi seperti itu?
Hipokrit, sekadar bijak melukis kata-kata indah atas kanvas angkasa raya
memberi geometri kepada graviti, tapi hakikatnya, dikau adalah penipu terhandal
dunia, memberi lohong hitam kepada pemuja cinta, yang akhirnya hanya
menghadirkan information paradox,
memberi kekosongan kepada jiwa yang kesepian, jiwa yang telah lama lemas dalam
lautan depresi. Dikau sepatutnya tidak layak wujud atas fabrik spacetime ini. Spesies dikau sepatutnya
pupus saja dari dunia ini.”
“Lihatlah,
akan aku hancurkan dunia kau, sang penipu pemuja dewi emosi dan perasaan! Akan
aku paksa semua manusia menelan dadah halal, agar tiada sesiapa lagi akan
merasai apa itu cinta, apa itu derita cinta. Biar saja, dadah halal itu menjadi
penawar dan ubat untuk mengimbangkan segala neurotransmitter
yang mengakibatkan manusia merasai cinta dan derita cinta...”, sambungnya
lagi, marah.
"...
agar, tidak wujud lagi emosi gelap dalam alam ini. Agar tidak ada lagi bangsa
manusia terluka kerna perasaan cinta yang bodoh itu.", kata polymath sains itu yang telah dilukai
oleh si pencandu puisi.
EPILOG 3
“tapi
kenapa, aku masih mahu tetap mencintaimu.”
SURAT 2:
Tanggal: Purnama Galaksi ke-303
Puisimu
Memenjaraiku
pada suatu hari nanti
eksistensimu hilang tidak dimanifestasi
tapi roh puisimu yang bersembunyi
akan sentiasa menghantuiku lagi.
pada di suatu saat nanti
wujudmu tidak mampu lagi ku cerapi
tapi, nada-nada puisimu memenjarai
walaupun aku mahu bebas berlari.
pada suatu detik nanti
cintamu bakal ditamati oleh durasi
namun, diliku-liku sebuah memoriku ini
masih ku mahu dakap puisimu lagi.
akhirnya, pada suatu hari nanti
undurku diri menerima pahit mimpi
tapi, tetap ku bawa cermin-cermin diri
untuk ku mengelamuni derita ini.
Ulasan
Catat Ulasan