mekarnya camellia 1

eksistensimu magika terindah
personalitimu diukir oleh rohmu
manifestasinya menarik kalbuku
untuk ku mahu mengenal dirimu.

pudar kelam pada jiwa yang suram
melihat personalitimu diaktualisasikan
tertarik nalarku mahu mencintaimu
tanpa kusedari ku dah mencintaimu.

langkah kakimu bermelodi syahdu
pandangan matamu berirama sunyi
tapi tetap saja kamu sentiasa senyum
personalitimu itu nyata kebaikan rohmu.

kamu magika berwarna putih
masih coba mewarnai indah dunia
walaupun realiti menyeksamu
walaupun nangismu dalam sendirimu.

Ulasan

Catatan Popular