metamorfosis
!!!
Meraung jiwa yang tersepi
metamorfosisnya mekar membakar
biar gelap malam menjadi saksi
yang lentera menjadi merah
bagaikan cermin kubaling ke bulan
pecah berderai menikam bumi.
pokok jiwa ku tebang terajang
cinta ku lempar ke gaung neraka
biar lagi hati mati diseksa sunyi
pantas maut menjelma tatkala senyum
kerna jiwa hitam tak layak senyum.
puisi itu ku letak racun sumpahan
biar pelbagai jiwa terbunuh kejam
kerna berani memekarkan cinta,
kita hanya layak untuk euthanasia
sedar itu wahai para kecundang!
Ulasan
Catat Ulasan