kamu

setelah kukenal dirimu
tidak kucari lagi eksistensial
kerna wujudmu
adalah ideologi yang berestetika.

ku tidak lagi
serap seni abstrak
kerna bagiku wujudmu
seni terindah.

tidak sibuk lagi
aku mencari puisi
kerna personalitimu
bagiku ia karya berjiwa.

suara tangisanmu tusuk kalbuku
nada sedihmu rekahkan rohku
hati ini mahu mendakapmu
tapi wujudku sekadar ilusi buatmu.

Ulasan

Catatan Popular