kita manusia moden
kita manusia moden
yang lari masuk ke dunia muzik
hanya kerana untuk tambahkan lagi
derita di jiwa, kita biasa berbuat itu.
kita spesies moden
yang hatinya lara dipijak oleh kekosongan
tapi tetap saja membiarkan kalbu
dipijak... lagi dan lagi, tanpa lawan.
kita hamba dunia moden
yang rohani itu umpama kain basah
untuk membersihkan muka dari habuk
dan keesokannya lagi, berhabuk lagi.
kita adalah orang moden
yang hanya kebanggaan pencarian kita
untuk dipertontonkan kepada manusia
tapi akhirnya, hati tetap kekosongan.
kita benar-benar manusia moden
yang ditipu oleh diri sendiri
tahu itu, tapi merelakan lagi diri ditipu
kerana hanya itu sahaja pilihan hidup.
Ulasan
Catat Ulasan