masa
kurampas Masa, lalu kutajamkan ia
kulihat Masa itu mula membunuh
kusekadar pandang tanpa nilaian
mungkin kerana kutelah mati juga
ditikam oleh Masa itu, waktu mula sepi.
Masa semakin kejam menyiat roh
tapi manusia hanya biarkan ia
mungkin kerana... jiwa kita telah kosong
untuk bangkit melawannya, bersama.
awan mula murung, tutup tatapan bulan
sekadar angin, si sendu malam, meratapi
penuh darah sunyi seperti sungai mengalir
dan, manusia masih melihat semua itu
tanpa anarki, tanpa berantakan kalbunya
malah, sang pemuisi tajamkan aksara
bantu Masa bunuh lagi pelbagai jiwa.
kita semua seperti itu, yang rintihannya
mahu didalamkan lagi sedalamnya,
agar ia indah membunuh hati sendiri, dan
bunuh hati insan lain yang mati, lebur, lemas.
Ulasan
Catat Ulasan