bintang itu, hakikatnya- ia mati, sendiri, jauh

kerlipan bintang di malam hari itu
ia sepertimu....
yang dari kejauhan ramai menghiasi langit
bersosial...
tapi kutahu, dari dekatmu, di lubuk jiwamu
yang terdalam,
kamu kesendirian, yang sepi diracun sunyi
dalam diammu,
yang mati. sekadar sejarah cahayamu
telah corakkan kanvas langit di malam 
hari itu.
kau benar-benar seperti bintang 
yang jauh
hanya dilihat cahayanya di atap bumi
tapi tak disedar akan rapuh kalbumu
yang telah lama berteman syahdu, 
kosong.
kau sepertiku, dipenjarai oleh diri sendiri
rela, tanpa lawan lagi.
kita seperti bintang, yang jauh, mati dan
bakal hancur tanpa diperasankan
sesiapan pun
kita diabaikan, dilalaikan, oleh diri sendiri
dan... semuanya.
tapi hakikatnya, kita tidak seperti bintang
kerana kita tiada cahaya indah
untuk dipertontonkan 
kepada dunia,
kerana kita adalah kegelapan 
di malam hari.

Ulasan

Catatan Popular