secebis bahagia
jiwamu terindah
tertutup menerima cinta
tapi kutahu, hati yang seperti itu
kalbunya telah remuk, duka terdalam.
dan kutahu, kamu bukan abaikan cinta
tapi, telah jatuh kamu di lembah sepi,
berbisiklah sanubari cari jawapan
'luka kerana sunyi tidaklah sesakit
hati yang mencintai.'
'kuumban diriku kejam
masuk dan lemas dalam sunyi.
itu caraku lari dari indah cinta,
lalu kutemui, syahdu dalam sendiri itu
tidaklah sedalam kehampaan kerana cinta.
malah, kesendirian itu menikamku mesra.'
'tapi, dalam sepi ini, dalam sayup malam
hatiku masih merinduimu, mencintaimu.
lalu kuperdalamkan seksa dalam kalbu
sebagai caraku meratapi
kehilanganmu.'
'manusia memang bodoh
mencari bahagia dalam kesendirian
semata-mata... sebagai persediaan
untuk merasai duka lagi.'
Ulasan
Catat Ulasan