epistemologi

Perbedaan berlaku kerana epistemologi lain-lain. Kaedah sains arkeologi dan forensik hanyalah menggunakan akal, logik, pembacaan sejarah, pengkajian alam, tulang, etc,  yang framework mereka dalam mentafsir alam dan manusia adalah melalui perspektif evolusi tanpa peranan Pencipta, tanpa menerima kewujudan roh, dan tidak menerima kewujudan nabi dan rasul kerana sains tidak dapat buktikan seseorang itu rasul atau tidak. Metodologi mereka tanpa pengalaman rohani, ilham intuisi yang menyaksikan hakikat. Walaupun prof al attas mengatakan bahawa wujud manusia kurang daripada 10 000 tahun menggunakan kaedah arkelogi, tapi secara realitinya, kemungkinan besar asas dan framework interpretative prof al attas ke atas kewujudan manusia adalah berdasarkan pengalaman rohani sufi silam.

Ayat mudahnya, buat macam ibn arabi buat. Berusaha untuk alami penyaksian hakikat, lepas tu jumpa nabi adam, atau jumpa manusia yang kelihatan sangat tua dalam pengalaman rohani, dan masa tu soal apa-apa soalan. Cara kedua itu, ibn arabi buat. Ada ditulis dalam futuhat al makiyyah. Walaupun semua itu tidak boleh dijadikan hujah saintifik, tapi mereka yang mahu mencari kebenaran tidak kisah epistemologi apa pun. Bersihkan hati, terangkan jiwa dan berusaha jumpa nabi adam, lepas tu tanyalah soalan. Tak pun jumpa nabi khidir, dan tanya soalan tentang masa kewujudan manusia. Ada ulama sufi buat macam tu. Tapi, itupun andai kalian terima epistemologi ahli sufi dalam memahami alam.
[Hadis adanya nabi adam sebelum nabi adam, ia palsu atau tidak, boleh diketahui melalui pengalaman rohani. Tapi, cara ni sangat2 kontroversi.]

Dan, zaman ni berapa kerat sahaja manusia yang minat mencari kebenaran. Yang minat pun sekadar habiskan terlalu banyak masa membaca buku, melayan akal, membuat teori itu dan ini, tanpa mengetahui metodologi intuisi dan merendahkan kemampuan intuisi dan rohani dalam mencari kebenaran. Suatu hari nanti, andai saintis mampu buat dadah atau teknologi untuk memanipulasikan kesedaran manusia agar mampu melampaui kesedaran normal, ketika itu metodologi intuisi dan pengalaman rohani, akan popular dan digunakan untuk mengkaji alam. Tapi masa tu, pengkaji alam akan terlalu harapkan dadah dan teknologi itu tanpa berusaha untuk latih badan, hati dan akal mereka dalam mengalami kesedaran supranormal itu.

Dah tiba masanya, epistemologi dan metodologi sains dalam memahahi alam, manusia dan sejarah dikembangkan merangkumi epistemologi pengalaman intuisi yang tertinggi yang bersumberkan wahyu. Tapi, ramai anggap semua itu, palsu, ilusi dan pseudo. Terletak kepada kalian nak pilih metodologi mana, sama ada teruskan melayan akal, buku, teori, ataupun gabungkan semua itu dan pergi bersihkan hati, dan alami pengalaman rohani. Berusaha jumpa para nabi, dan tanyalah soalan saintifik. Mana tahu kalian diberi peluang untuk mengembara ke alam selain alam bumi ni/multiverse.
[Berdasarkan sejarah, ada ahli sufi, sebelum dia attack ilmu falsafah dan kalam, dia alami dulu pengalaman rohani dan melalui pengalaman itu, dia cuba rationalise kan ia dan attack falsafah ibn sina, etc.].

Ulasan

Catatan Popular