homo mephisto

kita sekadar manusia rosak
yang hanya membiarkan dirinya
jatuh ke lembah kegelapan terdalam
semata-mata untuk mencari
sastera indah yang berwarna hitam
sebagai cara mencari makna
perihal diri sendiri dan kehidupan
agar mampu menghadapi kesuraman
psikologi sendiri, kekacauan minda.

kita benar-benar berjiwa rosak
kerana hanya dalam kegelapan sastera
kita jumpa akan diri kita.

jiwa yang karam di lautan kekacauan
yang tergapai-gapai kesendirian itu
hanya bisa disentuh oleh seni-sastera hitam
yang di dalamnya ada sebuah kehampaan,
kekeruhan, kerekahan, kecelaruan hidup.

Ulasan

Catatan Popular