Berjalan kaki (masa ditulis sama dgn post sebelumnya)

Sebuah fantasi terbentuk,
dikala kaki ini berjalan berseorangan,
harapan di rumah menggembirakan hati,
tontonan sebuah kisah cinta,
habis sekolah berjalan berseorangan balik ke rumah,
itulah kisah yang terbentuk di mindaku,
jarak ke rumah sekadar 2 kilometer,
berjalan kaki kadang-kadang ditemani,
masa itu fikiran masih tertutup,
fikiran seorang budak yang fantasinya masih bersama dengan realitinya,
ketawa di masa rehat sekolah,
bersama kawan,
walaupun aku hanyalah bangsa yang asing bagi mereka,
tetapi mereka melayanku seperti seorang kawan yang sama usulnya,
setelah kisah itu tamat episodnya,
aku berubah menjadi pelik......
otakku semakin ditutup oleh sistem masyarakat,
mindaku ditutup dengan sebuah blok,
setelah aku sedar,
semuanya hilang,
walaupun ada di depan mata
tetapi hatiku telah hilang,
hatiku takut untuk mencuba perkara yang hilang itu..
Kenapa?
Kenapa kau takut wahai hati?
Kenapa perasaan ini muncul?
Kenapa takut untuk berharap sebuah kisah yang sama berulang?
Atau adakah kisah itu telah tamat kerana lahirnya sebuah fikiran baru?

Ulasan

Catatan Popular