Sistem (tarikh yg sama seperti post yg lalu (hampir setahun yang lalu))

Apakah di fikiran anda,
apabila suatu hari nanti,
si anak yang kau pegang bakal bertanya,
soalan yang terdapat pelbagai jawapan,
jawapan yang boleh diterima akal dan sebaliknya, mungkin,
Soalan si anak:
Ayah, kenapa dia berbuat seperi itu?
Apakah jawapan kau?
Adakah kau akan katakan:
"Dia malas berusaha....."
Atau kau akan katakan
"Itu takdir dia...."
Atau ini
"Inilah masalah sistem buatan manusia..."
Atau
"Dia itu sebagai pengajaran untuk orang lain..."
Apakah jawapan kau....?
Jawapan yang boleh memuaskan minda anak kecil itu,
dan pada masa yang sama boleh memuaskan dirimu sendiri...
Atau di saat peristiwa itu muncul dalam hidupmu,
kau hanya akan memuaskan minda anak kecilmu sahaja,
dan kau,
kau telah "di brain block" oleh sesuatu.....
Kau tidak mahu berfikir mengenainya,
kerana fikiran seperi itu tidak menjaminkan kegembiraan untukmu..
Atau kau akan berfikir...
"Hah ha ha, peristiwa itu tidak akan muncul dalam hidup aku..."
"Jangan cerita peristiwa yang mustahil untuk terjadi..."
Mustahil,
Seandainya begitu,
maka biar aku yang tanyakan soalan tersebut,
"Wahai manusia, kenapa dia berbuat seperti itu..."
 

Ulasan

Catatan Popular